BERITA TERKINI   Harga diesel bersubsidi RM2.10 seliter untuk rakyat Malaysia mulai Julai - PM Anwar | Penggunaan MyKad bagi pembelian diesel RM2.10 seliter bagi elak ketirisan - PM Anwar | Dakwaan kebocoran data yang tular di media sosial merujuk insiden lama sebelum 2022, tiada kaitan platform semasa - MKN | 

Niaga Hadapan Emas Susut Bagi Hari Keempat, Menjejaki Prestasi Suram COMEX AS

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu yang juga hari keempat berturut-turut, menjejaki prestasi pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) yang suram.

Pada akhir urus niaga hari ini, kontrak bulan semasa April 2026 susut kepada US$4,774.60 setiap auns troy berbanding US$4,799.60 sebelumnya manakala kontrak Mei 2026 berkurangan kepada US$4,795.60 daripada US$4,819.60 setiap auns troy.

Selain itu, kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga menguncup kepada US$4,812.10 setiap auns troy daripada US$4,837.50 sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 17 lot daripada sembilan lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 68 kontrak daripada 61 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal pada US$4,776.75 setiap auns troy menerusi penetapan London Bullion Market Association pada 21 April 2026.

-- BERNAMA