BERITA TERKINI   Perancangan lanjutkan projek ECRL berhampiran sempadan Thailand masih di peringkat perbincangan awal – PM Anwar | Belum ada keperluan Malaysia sertai Pertubuhan Kerjasama Shanghai – Mohamad | Operasi 24 jam sistem aerotrain KLIA disambung semula selepas penyelenggaraan berjadual dari 18 hingga 31 Ogos - MAHB | Sistem aerotrain KLIA menyambung semula operasi 24 jam selepas penyelenggaraan berjadual dari 18 hingga 31 Ogos - MAHB | 

Bursa Malaysia Pertimbang Kontrak Niaga Hadapan Baharu Bagi Minyak Masak Terpakai

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakui cadangan untuk memperkenalkan kontrak niaga hadapan baharu bagi minyak masak terpakai, sementara menunggu perundingan dengan industri dan kelulusan kawal selia.

“Bursa Malaysia berhasrat menawarkan kontrak niaga hadapan baharu bagi minyak masak terpakai, yang kini sedang menjalani perundingan industri dan tertakluk kepada kelulusan kawal selia,” kata jurucakap Bursa Malaysia kepada Bernama.

Kenyataan daripada bursa itu adalah susulan laporan berita luar negara yang mendakwa ia sedang mempertimbangkan pelancaran kontrak niaga hadapan bagi minyak masak terpakai, dipacu oleh peningkatan permintaan bagi bahan mentah bahan api bio.

Laporan berita itu yang memetik sumber yang tidak asing lagi dengan perkara berkenaan, turut menunjukkan bahawa Bursa Malaysia telah mencadangkan spesifikasi bagi kontrak berkenaan dalam dokumen yang dikongsikan dengan peserta industri.

-- BERNAMA