BERITA TERKINI   MPRC wajar bertindak sebagai agensi peneraju sektor OGSE - Akmal Nasrullah | Harga arang batu meningkat 8.2 peratus kepada US$142.62 satu tan bagi tempoh 1 hingga 3 Jun - Akmal Nasrullah | Malaysia dan Turkmenistan dijangka menandatangani kerjasama hidrokarbon jangka panjang pada 19 Jun bagi memperkukuh rantaian bekalan tenaga - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Kerajaan perkukuh stok penimbal, percepat akses ubat-ubatan kritikal jika diperlukan - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Tenaga buruh meningkat kepada 17.33 juta orang, kadar penyertaan kekal kukuh pada 70.9 peratus pada April - Akmal Nasrullah | 

Ringgit Naik Berbanding Dolar AS Dalam Dagangan Awal

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada 8.04 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.2820/2920 berbanding dolar AS daripada 4.2910/2940 semalam.

Inflasi keseluruhan AS mencatatkan 2.4 peratus tahun ke tahun pada September berbanding anggaran konsensus sebanyak 2.3 peratus. Begitu juga, inflasi teras meningkat 3.3 peratus pada September berbanding anggaran konsensus sebanyak 3.2 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kini berhati-hati berikutan ketidakpastian mengenai kadar penurunan kadar faedah AS atau penangguhan terhadap keputusan tersebut.

Dalam pada itu, katanya harga minyak mentah Brent kekal tinggi berikutan konflik ketenteraan antara Israel-Hezbollah/Iran yang boleh menjadi lebih besar.

“Sehubungan itu, kami percaya peniaga akan cenderung mencari perlindungan dalam mata wang selamat, terutamanya dolar AS berdasarkan ketidaktentuan yang meningkat,” katanya.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Ia tinggi berbanding euro kepada 4.6815/6924 daripada 4.6918/6951 semalam, naik berbanding yen Jepun kepada 2.8788/8858 daripada 2.8820/8842 dan meningkat berbanding pound kepada 5.5923/6054 daripada 5.6122/6161.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.7978/8353 daripada 12.7724/7866 semalam, bagaimanapun naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2785/2864 daripada 3.2811/2836. 

Ringgit meningkat kepada 7.47/7.49 berbanding peso Filipina daripada 7.48/7.50 semalam dan tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 273.1/273.8 daripada 273.6/274.0 sebelum ini.

-- BERNAMA