BERITA TERKINI   MPRC wajar bertindak sebagai agensi peneraju sektor OGSE - Akmal Nasrullah | Harga arang batu meningkat 8.2 peratus kepada US$142.62 satu tan bagi tempoh 1 hingga 3 Jun - Akmal Nasrullah | Malaysia dan Turkmenistan dijangka menandatangani kerjasama hidrokarbon jangka panjang pada 19 Jun bagi memperkukuh rantaian bekalan tenaga - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Kerajaan perkukuh stok penimbal, percepat akses ubat-ubatan kritikal jika diperlukan - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Tenaga buruh meningkat kepada 17.33 juta orang, kadar penyertaan kekal kukuh pada 70.9 peratus pada April - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan dolar Amerika Syarikat (AS) merosot menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar AS malam ini.

Pada penutup dagangan, kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada US$2,645.90 setiap auns troy daripada US$2,625.50 setiap auns troy semalam manakala November 2024 mengukuh kepada US$2,667.70 setiap auns troy daripada US$2,647.30 setiap auns troy sebelumnya.

Sementera itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 and Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,669.10 setiap auns troy daripada US$2,648.70 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan berkembang kepada 24 lot daripada 19 lot semalam manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 53 kontrak daripada 43 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 10 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,628.95 setiap auns troy.

-- BERNAMA