BERITA TERKINI   PRN Johor: PH umum Wong Bor Yang sebagai calon DUN Senai, Mohamad Shafwan Ani calon DUN Bukit Permai - Loke | Pendirian bebas dan berkecuali Malaysia buka ruang untuk kerjasama ekonomi - PM Anwar | Kejayaan Petronas peroleh telaga gas di Turkmenistan bukti keyakinan negara luar terhadap keupayaan Malaysia, syarikat tempatan - PM Anwar | PRN Johor: PH umum Nor Zulaila Abd Ghani sebagai calon kerusi DUN Tiram, Lee Wern Yiing calon DUN Johor Jaya - Loke | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai. 

Kontrak bulan semasa Oktober 2024 meningkat 15.0 mata kepada 1,647.50, November 2024 dan Disember 2024, masing-masing menambah 14.0 mata kepada 1,650.0 dan 1,654.0 serta Mac 2025 naik 14.5 mata kepada 1,642.0. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,346 lot daripada 7,058 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada 47,504 kontrak daripada 47,700 kontrak sebelum ini.            

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 8.81 mata atau 0.54 peratus kepada 1,641.44 daripada 1,632.63 pada Rabu.

-- BERNAMA