BERITA TERKINI   KKM kaji pelaksanaan sistem 'e-MC', bendung sindiket sijil sakit palsu - Dzulkefly | Sebanyak 402 kes berkaitan vape dikesan mengandungi dadah sintetik berbahaya - Dzulkefly | Bekas Ketua Bernama Radio Allahyarham Azlan Idris diumum penerima Anugerah Khas HAWANA 2026 | Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman diumum penerima Anugerah HAWANA 2026 | Peruntukan Dana Inovasi Media diteruskan, RM24.57 juta disalur kepada 72 syarikat setakat ini- PM Anwar | 

Salcon Dapat Kontrak Kerja-kerja Retikulasi Air Luar Bernilai RM18.50 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Salcon Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Salcon Engineering Bhd memperoleh kontrak bernilai RM18.50 juta daripada LTE Engineers Sdn Bhd, bagi pihak F&N AgriValley Sdn Bhd.

Projek itu melibatkan kerja-kerja retikulasi air luar untuk pembangunan yang dicadangkan bagi pusat penternakan lembu tenusu dan tanaman pertanian dengan kemudahan-kemudahan yang berkaitan di Negeri Sembilan, kata Salcon dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata projek itu dijangka bermula pada 21 Okt, 2024 dan selesai menjelang 20 April, 2025, tanpa sebarang pilihan untuk memperbaharui kontrak.

“Projek ini dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih kumpulan Salcon bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 dan seterusnya,” katanya.

Salcon menambah projek itu juga tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan pemegang saham yang besar dalam syarikat itu.

-- BERNAMA