BERITA TERKINI   Sistem Alamat Nasional mampu jana limpahan ekonomi RM2 billion, wujud lebih 2,000 pekerjaan dalam lima tahun - Fahmi Fadzil | Bangkai helikopter milik PDRM yang yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah Khamis lepas, berjaya dinaikkan sekitar jam 11 pagi ini. | iCents mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 29 sen, premium lima sen daripada harga IPO 24 sen, dengan 13.59 juta saham bertukar tangan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat walaupun prestasi di pasaran tunai pendasar lebih tinggi.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 dan Disember 2024 susut 2.5 mata masing-masing kepada 1,645.0 dan 1,651.50 manakala November 2024 dan Mac 2025 turun 2.0 mata masing-masing kepada 1,648.0 dan 1,640.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 6,134 lot daripada 7,346 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 46,103 kontrak daripada 46,504 kontrak sebelumnya.            

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.55 mata atau 0.27 peratus kepada 1,645.99 daripada paras penutup 1,641.44 pada Khamis.

-- BERNAMA