BERITA TERKINI   Kerajaan bakal gubal akta baharu berkaitan pekerja gig - TPM Ahmad Zahid | 

Kerajaan Akan Umum Insentif Khas JS-SEZ Menjelang Akhir Tahun Ini - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan insentif khas untuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menjelang akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata insentif khas yang disediakan boleh menarik pelaburan berkualiti dan menawarkan pekerjaan bernilai tinggi dalam usaha memacu pertumbuhan zon berkenaan sekali gus menjadi zon ekonomi khas yang mampan.

Mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini, beliau juga berkata Invest Malaysia Facilitation Centre – Johor (IMFC-J) juga sedang ditubuhkan bagi memudah cara pelaburan di JSSEZ.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata pusat itu bertujuan untuk mengurangkan birokrasi di pelbagai peringkat bagi mempercepat kelulusan.

-- BERNAMA