BERITA TERKINI   Penganalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi - ahli keluarga | PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | 

Kerajaan Sedia Dana RM200 Juta Sokong Pelaburan Strategik

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM200 juta disediakan meliputi Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) dan Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF) tahun hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu bertujuan menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat pertengahan serta menggalakkan pendayaciptaan.

“Bagi memudah cara pelabur strategik, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menjadi pihak berkuasa melulus untuk pas penggajian melibatkan graduan bukan warganegara lepasan universiti tempatan bagi memenuhi keperluan modal insan dalam sektor Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga telah menyatakan kesediaan melaksanakan cukai minimum global (GMT) ke atas syarikat multinasional.

“Dalam mengurangkan kesan GMT, kerajaan komited untuk memperkemas insentif sedia ada, mewujudkan insentif bukan cukai baharu serta mengkaji kebolehlaksanaan Kredit Cukai Pelaburan Strategik,” kata beliau.

Beliau berkata walaupun GMT memberi hasil tambahan, masih terdapat risiko negatif terhadap iklim pelaburan.

-- BERNAMA