BERITA TERKINI   SPB Development Bhd peroleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Suku-2 tahun ini | Gabungan dewan perniagaan di negara ini diminta bekerja sebagai satu pasukan, tingkatkan kemajuan Malaysia - PM Anwar | Kerajaan pilih kadar caruman KWSP 2 peratus bagi pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini - PM Anwar  | Titah Agong: Kerajaan MADANI akan pastikan agihan hasil ekonomi dimanfaat untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat - PM Anwar | ACCCIM gesa kerajaan memperkenalkan skim kredit eksport dan mengurangkan duti import ke atas bahan mentah untuk membantu PKS menyesuaikan dengan dasar perdagangan baharu oleh ekonomi utama | 

Belanjawan 2025 Mengimbangi Rangsangan Pertumbuhan Ekonomi Dan Pengukuhan Mata Wang

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 dijangka mengekalkan keseimbangan antara merangsang pertumbuhan ekonomi dan mengukuhkan nilai mata wang, kata RHB Asset Management Sdn Bhd (RHBAM).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ng Chze How berkata belanjawan itu juga bagi memastikan kemakmuran negara dan mengekalkan kemampanan fiskal negara.

"Saya fikir kita (Malaysia) memiliki apa yang diperlukan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) kerana infrastruktur dan tenaga kerja mahir kita," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Ng berkata pertumbuhan dalam sektor teknologi, pembangunan pusat data dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bersedia untuk menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia dan RHBAM juga optimis tentang pertumbuhan dan prospek ekonomi Malaysia. 

Terdahulu, RHBAM melancarkan Asian Income Strategy yang dipertingkatkan, terdiri daripada RHB Asian Income Fund, RHB Asian Income Fund-Singaporean Dollars (SGD) and RHB Asian Income Fund - Multi Currencies, yang secara kolektifnya dikenali sebagai RHB Asian Income Funds.

Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan RHB Banking Bhd Datuk Fad'l Mohamed berkata RHB Asian Income Funds menawarkan pelabur portfolio yang seimbang dengan aset penjanaan pendapatan yang memberikan pulangan stabil yang boleh dijangka walaupun dalam kuantifikasi yang tidak menentu.

“Pelabur akan dapat menjangkakan pembayaran pengagihan pendapatan yang lebih tinggi iaitu 6.0-6.5 peratus setahun, meningkat daripada 4.0-4.5 peratus yang sedia ada setahun.

“Dana-dana ini mempunyai fleksibiliti untuk mengisytiharkan pengagihan pendapatan bulanan, selain manfaat daripada strategi pelaburan Asia+, dengan keupayaan untuk melabur di luar Asia bagi menjana pulangan tambahan,” katanya.

Syarikat itu menambah pelabur boleh mengakses RHB Asian Income Funds melalui www.rhbgroup.com/myinvest.

-- BERNAMA