BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS kepada 4.0275/0320 daripada 4.0245/0320 semasa ditutup pada Isnin | Majlis Tindakan Ekonomi Negara teliti pelbagaikan sumber bahan api, perkukuh kerjasama dagang dan jamin input pengeluaran - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global: Special Access Pathway dilaksanakan, pastikan akses keperluan kesihatan kritikal - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global turut menjejaskan bekalan ubat dan peranti perubatan - Akmal Nasrullah | FELDA dan FGV Holdings perkenal B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit yang berpotensi jadi sumber tenaga alternatif - Pengerusi FELDA | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa, seiring dengan momentum meningkat dalam niaga hadapan getah serantau serta ringgit yang menyusut berbanding dolar AS, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut meningkat berikutan kebimbangan terhadap stok getah asli global dan prospek permintaan getah asli yang lebih cerah seperti dilaporkan oleh Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC).

"Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dikekang oleh penurunan kadar faedah Amerika Syarikat yang tidak menentu dalam keadaan ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah.

“ANRPC melaporkan bahawa permintaan getah asli global meningkat 1.4 peratus kepada 11.3 juta tan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024 manakala pengeluaran getah asli global menokok 3.2 peratus kepada 9.9 juta tan,” katanya kepada Bernama.

 Beliau berkata selain itu pasaran getah asli dijangka mengalami bekalan yang terhad berikutan gangguan pengeluaran akibat taufan Yagi dan banjir yang menjejaskan banyak tempat di wilayah pengeluar getah asli di China, Thailand dan Vietnam.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) naik 15.0 sen kepada 867.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal menambah 1.0 sen kepada 754.00 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 867.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 753.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA