BERITA TERKINI   Tiada unsur buli babitkan kes pelajar tingkatan empat yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Seremban - KP Pendidikan | Kerjasama itu membuka ruang penglibatan lebih strategik pada masa depan termasuk penerokaan potensi besar sektor gas asli Turkmenistan, antara pemilik rizab gas terbesar dunia - PMO | PM Anwar, Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov hari ini saksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan - PMO | Pencapaian ini hadir sempena 30 tahun kerjasama Malaysia, Turkmenistan dalam sektor tenaga, yang menjadi antara tonggak penting hubungan dua hala kedua-dua negara - PMO | Kerjasama strategik antara Petronas, pihak berkuasa Turkmenistan buka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi dan tenaga antara Malaysia dan Turkmenistan - PMO | 

Belanjawan 2025 Akan Rangsang Pelaburan Tambahan Di Malaysia - Alliance Bank

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan merangsang pelaburan tambahan di Malaysia dan membuktikan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh asas ekonomi negara, menurut Alliance Bank Malaysia Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kellee Kam Chee Khiong berkata belanjawan itu bersifat progresif, yang mempunyai keseimbangan berhemat antara ekonomi, kemampanan, penggunaan pelaburan digital dan kesejahteraan rakyat.

“Belanjawan itu adalah bukti komitmen kerajaan terhadap pengurusan fiskal yang bertanggungjawab dan keutamaan berterusan bagi tadbir urus yang berkesan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada 18 Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 dengan peruntukan terbesar sebanyak RM421 bilion, berbanding RM408 bilion untuk 2024.

Kam berkata secara keseluruhan, Belanjawan 2025 merangkumi spektrum yang luas dalam menangani isu berkaitan rakyat dan perniagaan.

Perancangan kewangan negara itu mempunyai ciri-ciri penting yang mengutamakan kebajikan rakyat, memacu ekonomi negara, menarik lebih banyak pelaburan, membantu membuka laluan kepada pasaran baharu, serta menerima pakai digital, katanya.

-- BERNAMA