BERITA TERKINI   Unit ITMAX System memperoleh Perubahan Kerja (VO) bernilai RM603.5 juta daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi meningkatkan keupayaan bandar pintar generasi baharu | Harga runcit RON95 & RON97 turun 25 sen, diesel Semenanjung turun 75 sen bagi 16-22 April - MOF | Unit Tuju Setia peroleh kontrak kerja-kerja pembinaan daripada Sime Darby Property bernilai RM359.3 juta | 80 warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan terbabit penipuan dalam talian pada 7 April | Lawatan kerja Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah ke premis KL-Kepong Oleomas di Selangor Sabtu ini tinjau proses pengadunan biodiesel - Fahmi Fadzil | 

Petunjuk Yang Lemah, Sentimen Berhati-hati Dorong Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa susulan petunjuk yang lemah daripada pasaran hadapan getah serantau dan sentimen berhati-hati dalam pasaran global, kata seorang peniaga.

Selain itu, kebimbangan mengenai pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang akan datang dan prospek kadar faedah AS merupakan faktor penting yang mempengaruhi dinamik pasaran, katanya kepada Bernama.

Dilaporkan ekuiti Asia diniagakan dalam julat sempit pada Selasa, ketika peniaga bersedia untuk pilihan raya AS dan petunjuk data ekonomi utama yang akan menetapkan tahap untuk Rizab Persekutuan (Fed) membuat keputusan yang seterusnya.

“Namun begitu, penurunan seterusnya dihadkan oleh pemulihan penanda aras harga minyak mentah dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS,” kata peniaga itu.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 5.5 sen kepada 863.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun tiga sen kepada 745.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 860.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 744.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA