BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 0-5 Imigresen FC | Agenda transformasi digital negara mesti beri manfaat kepada majoriti rakyat, bukan tumpu segelintir golongan - PM Anwar | Pelantikan Abdul Halim sebagai KP SPRM bagi tempoh dua tahun - PM Anwar | Abdul Halim sesuai mengetuai SPRM kerana latar belakang kehakiman bukan daripada bidang perniagaan atau politik - PM Anwar | Piala Uber: Malaysia 1 Turkiye 0: K. Letshanaa kalahkan Neslihan Arin 21-16, 13-21, 21-13 | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat sembilan mata kepada 1,615.0, November 2024 dan Mac 2025 naik 8.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,618.5 dan 1,611.0, dan Disember 2024 berkurangan 1.5 mata kepada 1,622.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 30,138 lot daripada 88,506 lot manakala kepentingan terbuka turun kepada 76,939 kontrak daripada 136,730 kontrak pada Isnin.            

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.61 mata atau 0.29 peratus kepada 1,615.08 daripada paras penutup 1,610.47. 

-- BERNAMA