BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Cebu untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 | Dasar sosial hanya bernilai apabila ia mampu mengubah kehidupan rakyat menjadi lebih baik - TPM Ahmad Zahid | Dasar sosial bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi libatkan penjagaan, sokongan keluarga dan maruah hidup - TPM Ahmad Zahid | Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 garis 102 inisiatif dengan empat tumpuan iaitu pencegahan, pemerkasaan, promosi & perlindungan - TPM Ahmad Zahid | Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 jadi jambatan antara dasar dirangka dan kehidupan rakyat - TPM Ahmad Zahid | 

Keuntungan Bersih SD Guthrie Susut Kepada RM766 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih SD Guthrie Bhd susut 37 peratus kepada RM766.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM1.21 bilion yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun lepas.

Penurunan itu disebabkan oleh keuntungan yang lebih rendah daripada segmen hiliran serta urus niaga tidak berulang tetapi diimbangi oleh pengukuhan prestasi dalam segmen huluan, kata kumpulan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kos kewangan dikurangkan sebanyak 24 peratus pada suku tersebut berikutan pinjaman termasuk purata kadar faedah yang lebih rendah yang merosot kepada 5.3 peratus setahun daripada 5.6 peratus setahun yang disaksikan pada suku yang sama sebelumnya.

Bagaimanapun, pendapatan SD Guthrie melonjak kepada RM5.27 bilion daripada RM4.77 bilion.

Kumpulan itu ketika bercakap mengenai prospek, menjangkakan prestasinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024, adalah memuaskan tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka.

-- BERNAMA