BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI peruntuk RM60 juta khusus untuk program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini - PM Anwar | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 buah sekolah tahfiz, sekolah pondok di Terengganu sepanjang tahun ini - PM Anwar | Sekolah tahfiz, sekolah pondok seluruh negara perlu kuasai ilmu teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) - PM Anwar | PM Anwar mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Marang disegerakan | Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Permintaan Lemah

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan permintaan yang lemah, menjejaki penurunan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), menurut seorang penganalisis.

Penganalisis tersebut berkata peningkatan risiko geopolitik termasuk perang Rusia-Ukraine telah menyediakan sokongan tempat selamat yang terhad sewaktu dolar AS yang lebih kukuh dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi.

Kontrak bulan semerta November 2024 menyusut kepada US$2,627.30 setiap auns troy daripada US$2,636.30 setiap auns troy pada Selasa.

Sementara itu, kontrak untuk Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,640.40 setiap auns troy daripada US$2,649.30 sebelumnya.

Jumlah dagangan menguncup kepada lapan lot daripada 10 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 26 kontrak daripada 34 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 19 Nov, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,623.20 setiap auns troy.

-- BERNAMA