BERITA TERKINI   GSF 2.0: Lebih 40 peserta dari Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, Seri Lanka dan Filipina sertai pelayaran fasa akhir ke Gaza - KP SNCC | GSF 2.0: Seramai 29 peserta Malaysia teruskan pelayaran dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye - KP SNCC | Lebih RM15 bilion sokongan pembiayaan disediakan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana pada tahun ini - MoF | Kemudahan pembiayaan mikro RM5 bilion yang diumumkan hari ini adalah berasingan daripada Kemudahan Bantuan Khas PKS RM5 bilion oleh BNM serta RM5 bilion di bawah SJPP - MoF | Kerajaan MADANI sedia kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi 2026, dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro, dengan pinjaman sehingga RM100,000 - MoF | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Emas COMEX AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan aliran menaik pada Jumaat, menjejaki peningkatan pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) yang stabil, kata penganalisis. 

Beliau berkata walaupun dolar AS mengukuh, permintaan terhadap emas yang tinggi mendorong harga meningkat.

“Selain itu, ketegangan semakin memuncak dalam konflik Rusia-Ukraine mendorong minat pelabur terhadap emas kerana mereka memilih pelaburan selamat berikutan ketidakstabilan dalam pasaran ekuiti,” katanya kepada Bernama.

Kontrak semerta November 2024 menokok kepada US$2,698.70 setiap auns troy daripada US$2,670.30 setiap auns troy pada Khamis.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 ditutup tinggi kepada US$2,712.10 setiap auns troy berbanding US$2,683.70 sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada lapan lot daripada 12 lot semalam manakala kepentingan terbuka menurun kepada 28 kontrak daripada 31 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 21 Nov, harga emas fizikal berada  pada US$2,665.30 setiap auns troy. 

-- BERNAMA