BERITA TERKINI   Cadangan caruman mandatori KWSP bagi pekerja asing, masing-masing dua peratus untuk pekerja, majikan - Steven Sim | SPB Development Bhd peroleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Suku-2 tahun ini | Gabungan dewan perniagaan di negara ini diminta bekerja sebagai satu pasukan, tingkatkan kemajuan Malaysia - PM Anwar | Kerajaan pilih kadar caruman KWSP 2 peratus bagi pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini - PM Anwar  | Titah Agong: Kerajaan MADANI akan pastikan agihan hasil ekonomi dimanfaat untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat - PM Anwar | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM32.06 bilion daripada RM31.31 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam menyusut kepada RM22.10 bilion daripada RM23.80 bilion sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik. 

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM32.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM22.10 bilion, kedua-duanya dengan tempoh matang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal 3.00 peratus setakat 2 Disember.

-- BERNAMA