BERITA TERKINI   MCMC buka 42 kertas siasatan, panggil 22 individu berhubung penyebaran maklumat palsu berkait krisis tenaga global yang tular di media sosial dan platform digital - Fahmi | Jemaah Menteri setuju tubuh Majlis Pengurusan Bencana Negara, menteri besar, ketua menteri dan premier sebagai ahli tetap - Fahmi | Mekanisme penggunaan MyKasih dan MyKad untuk pemberian subsidi termasuk diesel diteliti MoF, keputusan diumum kelak - Fahmi | Jemaah Menteri pertimbang keperluan kehadiran anggota polis di stesen minyak di sempadan negara, pastikan aspek keselamatan dipertingkat - Fahmi | 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit tinggi hari ini didorong sentimen pelabur yang berhati-hati kerana mereka menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) minggu depan, sebelum memilih hala tuju pasaran.

Peniaga berkata aliran kekal meningkat susulan kitaran pelonggaran dasar oleh Rizab Persekutuan AS namun, pembetulan jangka masa pendek dijangka dicetuskan oleh penetapan semula harga berikutan kemungkinan pengurangan kadar faedah.

Kontrak semerta Disember 2024, dan Januari 2025 masing-masing tinggi iaitu US$2,658.50 setiap auns troy dan US$2,658.50 setiap auns troy, manakala Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 masing-masing ditutup pada US$2,682.10 setiap auns troy.

Jumlah dagangan berkurang kepada 15 lot daripada 40 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka turun kepada 35 kontrak daripada 55 kontrak.

Mengikut penetapan Persatuan Pasaran Jongkong London pada 2 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,642.15 setiap auns troy.

-- BERNAMA