BERITA TERKINI   KKDW laksana langkah penjimatan RM250 juta melalui pelarasan perbelanjaan - TPM Ahmad Zahid | Biodiesel B15 dijangka dikeluarkan mulai 1 Jun bagi membantu menurunkan harga diesel - TPM Ahmad Zahid | Langkah penyusunan semula perbelanjaan kerajaan tidak jejas sektor kritikal seperti kesihatan dan pendidikan - PM Anwar  | Konflik serantau di Asia Barat jejas keselamatan laluan maritim, tingkat kos penghantaran dan insurans - PM Anwar | Malaysia kekal berprinsip dalam isu global termasuk konflik di Asia Barat namun pragmatik dalam menjaga kepentingan ekonomi - PM Anwar | 

MTEN Bincang Ssaha Jadikan Malaysia Hab R&D Serantau, Hala Tuju Govtech -- PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini telah meneliti dua kertas pembentangan yang berkaitan dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) serantau, serta hala tuju GovTech Malaysia.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata mesyuarat tersebut turut membincangkan status terkini tindakan berkaitan isu-isu terkait perkhidmatan rangkaian rel pengangkutan awam di Lembah Klang.

“Perkara ini perlu diberi penekanan, khususnya pelaksanaan segera dan tersusun demi kebaikan serta meningkatkan kualiti hidup warga kota,” katanya dalam hantaran di akaun media sosial X hari ini.

GovTech Malaysia atau Government Technology diwujudkan bagi memperhebat revolusi digital ke arah meningkatkan keupayaan kerajaan dalam kualiti data awam, inovasi awam serta perkhidmatan awam secara lebih holistik

Ia merupakan pendekatan “Whole of Government” dalam pemodenan sektor awam, yang menekankan kepada tiga aspek iaitu berpaksikan rakyat; akses universal kepada perkhidmatan kerajaan; dan pendekatan keseluruhan kerajaan terhadap transformasi kerajaan digital yang dipelopori oleh Bank Dunia.

--BERNAMA