BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS kepada 4.0275/0320 daripada 4.0245/0320 semasa ditutup pada Isnin | Majlis Tindakan Ekonomi Negara teliti pelbagaikan sumber bahan api, perkukuh kerjasama dagang dan jamin input pengeluaran - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global: Special Access Pathway dilaksanakan, pastikan akses keperluan kesihatan kritikal - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global turut menjejaskan bekalan ubat dan peranti perubatan - Akmal Nasrullah | FELDA dan FGV Holdings perkenal B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit yang berpotensi jadi sumber tenaga alternatif - Pengerusi FELDA | 

Saham IPO Winstar Capital Terlebih Langganan Sebanyak 80.17 Kali

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Winstar Capital Bhd sebanyak 14.5 juta saham untuk orang awam Malaysia terlebih langganan sebanyak 80.17 kali.

Pengeluar produk aluminium itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, ia menerima sejumlah 19,881 permohonan daripada orang awam Malaysia untuk 1.18 bilion saham IPO bernilai RM411.92 juta.

Di bawah kategori Bumiputera Malaysia, katanya, sebanyak 9,849 permohonan untuk 502.41 juta saham IPO diterima yang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 68.3 kali.

“Di bawah kategori awam Malaysia yang lain, kira-kira 10,032 permohonan untuk 674.50 juta saham IPO diterima yang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 92.03 kali,” katanya.

Di bawah IPO ini, sejumlah 7.25 juta saham IPO telah diperuntukkan untuk pengagihan di bawah kategori Bumiputera Malaysia dan 7.25 juta saham IPO lagi diperuntukkan di bawah kategori orang awam Malaysia.

Winstar Capital juga berkata sebanyak 15.95 juta saham IPO yang disediakan untuk permohonan oleh individu yang layak telah dilanggan sepenuhnya manakala 43.5 juta saham IPO yang ditawarkan melalui tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih telah sepenuhnya ditempatkan.

Syarikat itu menyasarkan untuk mengumpul RM19.79 juta daripada IPO berharga 35 sen sesaham.

Penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia dijadualkan pada 19 Dis, 2024.

TA Securities Holdings Bhd ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan tunggal untuk IPO.

-- BERNAMA