BERITA TERKINI   KPT sedia bawa pulang pelajar Malaysia di Indonesia jika rusuhan semakin meruncing - Zambry | Dewan Negara lulus usul Rancangan Malaysia ke-13 hari ini | BHEUU akan laksana jerayawara dapatkan input orang ramai tentang cadangan penggubalan RUU Tribunal Anti-Buli -- Fahmi | KDN diarah pertingkat aspek keselamatan terutama pada majlis sambutan Hari Kebangsaan untuk elak insiden tidak diingini berlaku -- Fahmi | Kerajaan akan tingkat pemantauan pastikan stok barangan keperluan asas mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat menebus bantuan SARA -- Fahmi | 

Saham TNB Melonjak Pada Sesi Awal Susulan Cadangan Tarif Baharu

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).

Harga saham itu menokok 24 sen pada RM14.42 daripada RM14.18 pada akhir dagangan semalam. 

Menjelang jam 10.35 pagi ini, saham syarikat utiliti nasional itu melonjak sebanyak 62 sen atau 4.37 peratus kepada RM14.80 dengan sebanyak 7.51 juta saham saling berpindah tangan.

Pada Khamis, TNB menerusi kenyataannya kepada Bursa Malaysia mengumumkan kerajaan telah meluluskan pelaksanaan RP4 itu di bawah  rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi tempoh Januari hingga Disember 2027.

Keputusan itu dinyatakan dalam surat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada TNB yang bertarikh  24 Dis, 2024.

Menurut TNB, jadual tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah RP4 itu dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025.

“Jadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014, akan terus berkuat kuasa, tanpa perubahan dalam kadar tarif dan struktur tarif elektrik sehingga 30 Jun, 2025,” katanya

-- BERNAMA