BERITA TERKINI   MCMC buka 42 kertas siasatan, panggil 22 individu berhubung penyebaran maklumat palsu berkait krisis tenaga global yang tular di media sosial dan platform digital - Fahmi | Jemaah Menteri setuju tubuh Majlis Pengurusan Bencana Negara, menteri besar, ketua menteri dan premier sebagai ahli tetap - Fahmi | Mekanisme penggunaan MyKasih dan MyKad untuk pemberian subsidi termasuk diesel diteliti MoF, keputusan diumum kelak - Fahmi | Jemaah Menteri pertimbang keperluan kehadiran anggota polis di stesen minyak di sempadan negara, pastikan aspek keselamatan dipertingkat - Fahmi | 

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka kebanyakannya tinggi di Bursa Malaysia Derivatives pada Rabu.

Pada 9.44 pagi, kontrak April 2026 dan Mei 2026 masing-masing naik 14.0 mata kepada 1,686.5 dan 1,688.0, manakala Jun 2026 menokok 11.0 mata kepada 1,687.5 dan September 2026 meningkat 9.0 mata kepada 1,664.5. 

Jumlah dagangan sebanyak 3,208 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,494 kontrak.

Selepas 44 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 11.34 mata kepada 1,688.20 daripada paras 1,676.86 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA