BERITA TERKINI   PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari dengan menawarkan tender repo berbalik, repo berbalik semalaman dan dan repo berbalik Islam untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut nilai kepada RM28.00 bilion pada Jumaat daripada RM33.32 bilion pada akhir minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai berkurang kepada RM22.20 bilion daripada RM24.70 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 26 Dis, 2024.

-- BERNAMA