BERITA TERKINI   Banjir di Sabah pulih sepenuhnya, pusat pemindahan terakhir di Beaufort ditutup 4 petang ini - JPBN | Inisiden letupan kompresor di sebuah universiti swasta, mangsa terlibat meningkat 10 orang termasuk seorang maut- Ketua Polis KL | Empat pelajar antara sembilan cedera dalam letupan kompresor di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara - Ketua Polis KL | Rapid Bus akan terima 250 bas elektrik termasuk 75 Rapid Penang dijangka tiba Mac ini - Loke | Bomba sahkan letupan akibat kebocoran gas penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, dua kakitangan cedera. | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Indonesia Umum Program Biodiesel

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat disebabkan kerajaan Indonesia memberi penjelasan mengenai program biodieselnya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata kepada Bernama, pasaran bertindak balas secara positif berhubung penjelasan terperinci daripada kerajaan Indonesia tersebut.

"Jangkaan pengeluaran yang lebih lemah juga dilihat sebagai faktor sokongan. Kami melihat harga paras sokongan pada RM4,250 dan paras rintangan pada RM4,450," katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 meningkat sebanyak RM33 kepada RM4,723 setiap tan, Februari 2025 naik RM27 kepada RM4,511 setiap tan manakala Mac 2025 dan April 2025 masing-masing bertambah RM35 kepada RM4,368 dan RM4,247 setiap tan.

Sementara itu, kontrak Mei 2025 berkembang sebanyak RM29 kepada RM4,161 setiap tan dan Jun 2025 pula naik RM27 kepada RM4,112 setiap tan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 87,677 lot daripada 74,951 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka menurun kepada 233,618 kontrak daripada 234,076 kontrak semalam.

Harga MSM fizikal untuk Januari Selatan menyusut sebanyak RM150 kepada RM4,800 setiap tan.

-- BERNAMA