BERITA TERKINI   Fenomena kerang terdampar di pantai Terengganu bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT | 273,590 penerima program i-Sejahtera di Pulau Pinang terima bayaran fasa satu mulai 12 Mac depan - Exco | KPKT peruntuk RM15 juta untuk kerja naik taraf Pasar Besar Ipoh supaya moden dan jadi tarikan pelancong - Nga | Kerajaan sedang rangka pelbagai inisiatif dan agenda khusus untuk majukan Wilayah Persekutuan pada tahun ini - Dr Zaliha  | DBKL teliti aspek pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini, pastikan peniaga yang layak dapat lesen - Dr Zaliha  | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di  Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai. 

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 turun 7.0 mata kepada 1,623.50, Februari 2025 susut 7.5 mata kepada 1,627.50, Mac 2025 berkurangan 6.5 mata kepada 1,611.50 dan Jun 2025 jatuh 5.0 mata kepada 1,618.50.  

Jumlah dagangan menyusut kepada 4,721 lot daripada 5,715 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 41,435 kontrak daripada 42,706 sebelumnya.  

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.99 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.47 daripada paras penutup 1,629.46 pada Jumaat minggu lepas. 

-- BERNAMA