BERITA TERKINI   Isu kesesakan dan kekurangan mesin pengimbas di Linkedua akan dibawa ke KDN - Loke | Dua sindiket pengedaran dadah tumpas, dadah RM4.7 juta dirampas dalam operasi di Johor Bahru - Polis | Seramai 60,000 pelajar disasar terima manfaat MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dengan peruntukan RM18.5 juta - Anthony Loke | Tiga individu ditahan bantu siasatan kes lelaki maut ditembak di Skudai pada 9 Mei lepas - Polis | PRN Johor tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MT UMNO dan pertemuan dengan Agong hari ini - Ahmad Zahid | 

Bekas Panglima Tentera Letak Jawatan Sebagai Pengarah Boustead Heavy Industries

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) mengumumkan peletakan jawatan Jeneral (Bersara) Tan Sri Zamrose Mohd Zain sebagai pengarah syarikat itu berkuat kuasa 12 Januari. 

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, berkata Zamrose, 64, meletakkan jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas bagi meneruskan kepentingan lain.

Sementara itu, dalam makluman berasingan, Zamrose turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Risiko berkuat kuasa tarikh yang sama. 

“Syarikat ini sedang dalam proses mengenal pasti pengganti pengerusi Jawatankuasa Risiko dan Kemampanan,” tambah syarikat pembinaan kapal itu.

-- BERNAMA