BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS kepada 4.0275/0320 daripada 4.0245/0320 semasa ditutup pada Isnin | Majlis Tindakan Ekonomi Negara teliti pelbagaikan sumber bahan api, perkukuh kerjasama dagang dan jamin input pengeluaran - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global: Special Access Pathway dilaksanakan, pastikan akses keperluan kesihatan kritikal - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global turut menjejaskan bekalan ubat dan peranti perubatan - Akmal Nasrullah | FELDA dan FGV Holdings perkenal B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit yang berpotensi jadi sumber tenaga alternatif - Pengerusi FELDA | 

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Rabu dalam persekitaran prestasi pasaran serantau yang lebih baik dan kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

Katanya sentimen pasaran dipengaruhi oleh langkah-langkah rangsangan China dan kebimbangan yang meningkat mengenai bekalan getah asli.

Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan monsun yang melanda kawasan teluk dan wilayah selatan akan menyebabkan hujan dan hujan lebat di lokasi tertentu di selatan negara itu. 

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent meningkat 0.99 peratus kepada US$77.79 setong.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh pengukuhan ringgit yang berterusan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), prospek penurunan kadar faedah AS yang berkurangan dan ketegangan perdagangan China-AS yang meningkat,” katanya kepada Bernama.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 6.0 sen kepada 848.5 sen sekilogram manakala lateks pukal menyusut 5.0 sen kepada 680.5 sen sekilogram. 

-- BERNAMA