BERITA TERKINI   Tiga warga Vietnam dipenjara 12 tahun dan denda RM128.9 juta atas 15 pertuduhan simpan bahagian hidupan liar tanpa permit sah | Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia tengah hari tadi | Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu ikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa - PM Anwar | 

PM Anwar Galak Pelaburan Perusahaan Indonesia Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata inisiatif ini akan mengukuhkan lagi kekuatan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Perkara ini saya lontarkan semasa menerima kunjungan hormat Pengerusi Sinar Mas Franky Oesman Widjaja dan rombongan petang tadi.

“Saya turut maklumkan bahawa dalam konteks Kepengerusian ASEAN 2025, kejayaan pembangunan infrastruktur merentasi pelbagai negara menuntut keyakinan dan kerjasama utuh antara syarikat-syarikat ASEAN,” kata beliau menerusi hantaran di laman X hari ini.

Anwar berkata Sinar Mas merupakan satu daripada kumpulan perniagaan terkemuka di Indonesia yang beroperasi dalam tujuh sektor utama, iaitu pulpa dan kertas, pertanian dan makanan, perkhidmatan kewangan, hartanah, telekomunikasi, tenaga dan infrastruktur, serta perkhidmatan kesihatan.

-- BERNAMA