BERITA TERKINI   PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia - PM Anwar | Rebat tiket penerbangan RM50 kepada rakyat Malaysia bagi laluan Semenanjung–Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Gawai dan Kaamatan, dari 15 Mei-14 Jun -- Loke | Krisis Tenaga Global: CAAM lanjut tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari berkuat kuasa 1 Mei bagi pelihara kemampanan operasi industri penerbangan -- Loke | Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | Krisis Tenaga Global: ERL perkenal MyKLIA Monthly Travel Card bagi rakyat Malaysia bekerja di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 -- Loke | 

Bursa ASEAN Perlu Bangun Instrumen Tarik Pelabur Asing - CEO Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa ASEAN harus terus membangunkan instrumen yang memudahkan pelabur asing untuk memahami dan melabur di rantau ini walaupun terdapat keadaan pasaran berbeza di setiap negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.

Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.

"Setiap negara mesti mengiktiraf perkembangan yang berbeza dan hak kedaulatan masing-masing.

"Dalam pasaran modal kami, kami mencari titik persamaan," katanya dalam sesi bertajuk "Dinamisme ASEAN: Memanfaatkan Peluang dan Mengemudi Peralihan" sempena Forum Ekonomi Malaysia 2025, di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya jika ASEAN dapat mencapai perkara ini, pelabur asing akan melihat ASEAN sebagai sebuah kumpulan dengan piawaian yang sama.

“Kami mula memacu pasaran modal bersama melalui perbincangan yang memberi tumpuan pada piawaian, taksonomi dan bahasa.

“Hasilnya, pelabur asing melihat kami sebagai satu kumpulan,” katanya.

-- BERNAMA