BERITA TERKINI   Rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat, tiada toleransi dalam pentadbiran negara - Agong | Agong zahir amaran ramai lagi dalam radar Seri Paduka Baginda untuk misi perangi rasuah | PDRM rampas vape, bahan cecair vape bernilai lebih RM8.8 juta dalam Op E-Cig Mega serentak di 13 negeri- Datuk Fisol   | 

Pemberi Tawaran Peroleh 86.18 Peratus Saham MAHB Tarikh Akhir Dilanjut Ke 24 Jan 2025

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama bagi saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telah mencapai 86.18 peratus.

AmInvestment Bank dalam satu kenyataan hari ini berkata setakat 5 petang, 15 Jan 2025, jumlah saham MAHB yang dipegang oleh penawar tawaran bersama dan penawar tawaran muktamad bersama adalah sebanyak 85.77 peratus (1,431,048,124 saham).

Ini meningkatkan jumlah saham yang diperoleh kepada 86.18 peratus, iaitu sebanyak 1,437,965,399

Tawaran pengambilalihan saham MAHB akan kekal pada RM11 bagi baki saham dan tempohnya dilanjutkan kepada Jumaat, 24 Jan, 2025, daripada 17 Jan, 2025, kata bank pelaburan itu.

-- BERNAMA