BERITA TERKINI   KPKM perkenal dua varieti baharu padi, MR CL3 dan MR CL4 untuk tangani isu padi angin - Mohamad | Kerajaan lulus Bayaran Insentif Pakar Pra-Warta kepada pegawai perubatan yang jalani tempoh pengalaman kerja diselia selepas tamat latihan kepakaran - KKM | Eksport, pemindahan dan transit cip AI berprestasi tinggi dari AS kini tertakluk kepada permit perdagangan - MITI | 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, susulan laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan.

Data itu menimbulkan jangkaan dalam kalangan pelabur mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah. 

Kontrak semerta Januari 2025 meningkat kepada US$2,708.90 setiap auns troy daripada US$2,692.30 setiap auns troy pada Rabu, manakala Februari 2025 menokok kepada US$2,717.40 setiap auns troy daripada US$2,701.50 setiap auns troy semalam.

Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 masing-masing ditutup tinggi pada US$2,725.50 setiap auns troy daripada US$2,710.20 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menokok kepada 57 lot daripada 47 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 86 kontrak daripada 69 kontrak.

Mengikut penetapan petang Persatuan Pasaran Jongkong London pada 15 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,677.70 setiap auns troy.

-- BERNAMA