BERITA TERKINI   KKM kaji pelaksanaan sistem 'e-MC', bendung sindiket sijil sakit palsu - Dzulkefly | Sebanyak 402 kes berkaitan vape dikesan mengandungi dadah sintetik berbahaya - Dzulkefly | Bekas Ketua Bernama Radio Allahyarham Azlan Idris diumum penerima Anugerah Khas HAWANA 2026 | Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman diumum penerima Anugerah HAWANA 2026 | Peruntukan Dana Inovasi Media diteruskan, RM24.57 juta disalur kepada 72 syarikat setakat ini- PM Anwar | 

YNH Property Lupus Aeon Mall Seri Manjung Pada Harga RM138 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Subsidiari milik penuh YNH Property Bhd, Kar Sin Bhd and YNH Hospitality Sdn Bhd telah melupuskan Aeon Mall Seri Manjung pada harga RM138.0 juta.

Semalam, syarikat itu memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan RHB Trustees Bhd, sebagai pemegang amanah Sunway Real Estate Investment Trust.

YNH Property melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini menjelaskan pelupusan itu mewakili peluang bagi kumpulan berkenaan untuk membuka kunci nilai dan mengewangkan pelaburannya dalam hartanah.

“Kumpulan dijangka mencatat keuntungan bersih proforma kira-kira RM12.03 juta. Pelupusan itu juga akan membolehkan kumpulan mengumpul hasil sebanyak RM138 juta untuk digunakan bagi pembayaran balik pinjaman tertunggak (RM86 juta) dan modal pusingan (RM52 juta), dalam tempoh 12 bulan,” katanya.

Penggunaan hasil tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada aliran tunai masa depan kumpulan apabila ia menjadi kenyataan, kata YNH Property.

Pelupusan itu dianggarkan selesai dalam tempoh enam bulan dari tarikh SPA.

-- BERNAMA