BERITA TERKINI   Cadangan caruman mandatori KWSP bagi pekerja asing, masing-masing dua peratus untuk pekerja, majikan - Steven Sim | SPB Development Bhd peroleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Suku-2 tahun ini | Gabungan dewan perniagaan di negara ini diminta bekerja sebagai satu pasukan, tingkatkan kemajuan Malaysia - PM Anwar | Kerajaan pilih kadar caruman KWSP 2 peratus bagi pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini - PM Anwar  | Titah Agong: Kerajaan MADANI akan pastikan agihan hasil ekonomi dimanfaat untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat - PM Anwar | 

TH Properties, Affin Bank Tawar Penyelesaian Pembiayaan Pembeli Rumah Golongan Muda

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- TH Properties Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Affin Bank Bhd untuk melancarkan penyelesaian pembiayaan bagi merapatkan jurang pemilikan rumah untuk graduan muda, pembeli rumah dan pelabur hartanah.

Perkongsian strategik itu menawarkan pembiayaan Affin Home Step Fast/-i untuk graduan muda, pembeli rumah kali pertama, pembeli muda dan pelabur.

Selain itu, Program Pembiayaan Rumah Affinita menawarkan kepada golongan wanita dengan pembiayaan melebihi RM500,000 melalui Perbankan Perdana Affin Invikta dan faedah eksklusif daripada hampir 100 peniaga.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan TH Properties Mohd Ismadi Ishak dan Pengarah Eksekutif Perbankan Komuniti kumpulan Affin Bank Mohammad Fairuz Mohd Radi.

Mohd Ismadi berkata kerjasama itu melibatkan hartanah dalam pembangunan utama TH Properties, termasuk Kota Semarak di Kuala Lumpur dan dua lagi projek pembangunan iaitu Bandar Enstek dan Warisan Puteri 2, di Negeri Sembilan.

“Produk kami (projek hartanah) merangkumi pelbagai jenis, daripada keluarga hingga kepada generasi muda.

“Dari segi fleksibiliti dan pembiayaan, ia sesuai dengan tahap kemampuan atau pasaran yang disasarkan, jadi kerjasama ini sesuai dengan sasaran pasaran kami,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian itu pada Khamis.

Sementara itu, Mohammad Fairuz berkata syarikat itu percaya penyelesaian pembiayaan inovatif seperti Affin Home Step Fast/-i dan Program Pembiayaan Perumahan Affinita akan menyediakan pilihan yang fleksibel dan disesuaikan untuk golongan profesional muda, pelabur hartanah dan rangkaian pembeli rumah yang lebih luas.

Untuk maklumat lanjut tentang TH Properties dan komitmennya terhadap pemilikan rumah yang boleh diakses, lawati https://www.th-properties.com/.

-- BERNAMA