BERITA TERKINI   Banjir di Sabah pulih sepenuhnya, pusat pemindahan terakhir di Beaufort ditutup 4 petang ini - JPBN | Inisiden letupan kompresor di sebuah universiti swasta, mangsa terlibat meningkat 10 orang termasuk seorang maut- Ketua Polis KL | Empat pelajar antara sembilan cedera dalam letupan kompresor di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara - Ketua Polis KL | Rapid Bus akan terima 250 bas elektrik termasuk 75 Rapid Penang dijangka tiba Mac ini - Loke | Bomba sahkan letupan akibat kebocoran gas penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, dua kakitangan cedera. | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah, Jejaki Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah, kata seorang peniaga.

Beliau berkata penurunan itu juga berikutan penurunan harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US.

Pada pukul 4.35 petang, ringgit meningkat 4.3720/3770 berbanding dolar US daripada 4.3750/3800 ketika ditutup pada Jumaat.

“Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan dengan prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menggalakkan dan peniaga kekal berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang lewat minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Peniaga itu juga berkata dagangan dalam pasaran getah lengang kerana ketiadaan peserta pasaran kerana ramai bercuti sempena Tahun Baharu Cina.

Pada 3 petang, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut lapan sen kepada 883 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot tiga sen kepada 678 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup untuk cuti umum Tahun Baharu dari 28 hingga 30 Januari dan beroperasi semula pada 31 Januari, 2025.

-- BERNAMA