BERITA TERKINI   KKR bina 91 bilik darjah di 70 sekolah guna kaedah modular, IBS libat kos RM80 juta daripada KPM - Ahmad Maslan | Diskaun bil elektrik 25 peratus di Sarawak bermula bulan ini hingga Dis 2026, manfaat 714,557 pengguna domestik - Premier | Sewa di premis kerajaan dikurangkan 50 peratus bagi peniaga kecil, sederhana di Sarawak - Premier | Sumbangan Keperluan Asas Sarawak libatkan isi rumah, warga emas dan individu bujang naik antara RM75 hingga RM150 - Premier Sarawak | Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor libat peruntukan RM130.42 juta daripada kerajaan negeri, agensi - MB | 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, ditekan oleh sentimen risiko global yang lemah dan perkembangan berterusan dalam tarif Amerika Syarikat, kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.3905/3980 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 ketika ditutup pada Isnin.

Innes berkata laporan mendedahkan cadangan Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent untuk mengenakan tarif berperingkat bermula pada 2.5 peratus, yang meresahkan pasaran.

“Pendekatan terhadap tarif yang berperingkat itu meredakan lonjakan dolar serta-merta dan memberi ruang kepada ekonomi untuk berbincang,” katanya kepada Bernama.

Walaupun Malaysia tidak disasarkan untuk tarif itu secara langsung, tetapi pergantungan ekonominya kepada China boleh menimbulkan risiko.

"Peniaga sedang menilai berapa banyak rancangan tarif itu memberi kesan dan sama ada kekuatan dolar akan berterusan," tambahnya.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8242/8292 daripada 2.8313/8357 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5819/5898 daripada 4.5900/5968 pada Isnin.

Bagaimanapun, ia susut berbanding pound Britain kepada 5.4653/4746 daripada 5.4643/4724 sebelumnya.

Ringgit juga ditutup bercampur-campur berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2481/2542 daripada 3.2518/2569 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9437/9727 daripada 12.9840/13.0110.

Sebaliknya, ia lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 271.5/272.0 daripada 270.6/271.0 dan susut berbanding peso Filipina kepada 7.51/7.53 daripada 7.48/7.50.

-- BERNAMA