BERITA TERKINI   Segamat dan Batu Pahat disyor dimasukkan dalam peta hazard seismik - Ahmad Maslan | Gempa bumi Segamat: 62 laporan kerosakan kecil kediaman persendirian, dua surau diterima setakat ini - Ahmad Maslan | Gempa bumi: Sebanyak 15 bangunan kerajaan di Segamat alami kerosakan kecil, anggaran kos baik pulih berjumlah RM550,550 - Ahmad Maslan | Polis rampas 80kg syabu bernilai RM2.6 juta dan tahan tiga suspek di Kota Tinggi minggu lepas - KP Johor | Tan Sri Abu Sahid mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan pecah amanah RM313 juta dan 13 tuduhan pengubahan wang haram RM139.2 juta berkaitan projek MEX II | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini apabila para pelabur mengambil kesempatan mengumpul aset selamat susulan kebimbangan terhadap kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS).  

Kontrak bulan semerta Februari 2025 meningkat kepada US$2,807.20 setiap auns troy daripada US$2,794.0 setiap auns troy pada Isnin. 

Kontrak Mac 2025 juga naik kepada US$2,819.20 setiap auns troy daripada US$2,802.50 setiap auns troy.  

Kontrak April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 kekal kukuh pada US$2,826.20 setiap auns troy daripada US$2,815.10 setiap auns troy. 

Jumlah dagangan susut kepada 34 lot daripada 53 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 73 kontrak daripada 78 kontrak. 

Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 3 Feb, harga emas fizikal berada pada US$2,826.10 setiap auns troy.

-- BERNAMA