BERITA TERKINI   Lepasan SPM digalakkan teroka peluang TVET pertanian, jadi tenaga mahir dalam sektor agri-komoditi negara - TPM Ahmad Zahid | Permodalan Nasional Bhd lantik Datuk Rizal Rickman Ramli sebagai presiden dan ketua eksekutif kumpulan, berkuat kuasa 1 Julai 2026 | PM Anwar tiba di Cebu untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 | Dasar sosial hanya bernilai apabila ia mampu mengubah kehidupan rakyat menjadi lebih baik - TPM Ahmad Zahid | Dasar sosial bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi libatkan penjagaan, sokongan keluarga dan maruah hidup - TPM Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini yang menjejaki kenaikan di pasaran tunai.

Pada 9.34 pagi, kontrak bulan semerta Mei 2026 meningkat 3.5 mata kepada 1,767.0, Jun 2026 menambah 5.5 mata kepada 1,768.0, September 2026 menokok enam mata kepada 1,750.0 dan Disember 2026 naik 4.5 mata kepada 1,751.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,834 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,417 kontrak.

 FBM KLCI meningkat 7.56 mata kepada 1,764.43 daripada 1,756.87 semasa ditutup pada Rabu selepas 39 minit dagangan.

-- BERNAMA