BERITA TERKINI   Standard Chartered Malaysia lantik Mushahid Syed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif interim, ketua liputan, berkuat kuasa 8 Mei | Sokongan terhadap misi kemanusiaan ke Gaza akan terus diperkukuh - MB Selangor | Malaysia satu-satunya negara beri pengiktirafan rasmi pada peringkat kerajaan terhadap misi GSF 2.0 - MB Selangor | Kiraan detik gelombang "Break the Silence, Break the Siege" dilancarkan, galak kebangkitan tuntut pembebasan Gaza - KP SNCC | GSF 2.0:Pelayaran akan dimulakan dari Turkiye pada bila-bila masa dalam tempoh kiraan detik - KP SNCC | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.21 pagi, kontrak Februari 2025 susut 6.0 mata kepada 1,577.50, Mac 2025 rendah 6.5 mata kepada 1,558.0 manakala kontrak Jun 2025 dan September 2025 masing-masing tidak berubah pada 1,569.0 dan 1,577.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,843 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,795 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI rendah 0.79 mata kepada 1,584.38 daripada 1,585.17 semasa ditutup semalam selepas 39 minit dagangan.

-- BERNAMA