BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS kepada 4.0275/0320 daripada 4.0245/0320 semasa ditutup pada Isnin | Majlis Tindakan Ekonomi Negara teliti pelbagaikan sumber bahan api, perkukuh kerjasama dagang dan jamin input pengeluaran - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global: Special Access Pathway dilaksanakan, pastikan akses keperluan kesihatan kritikal - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global turut menjejaskan bekalan ubat dan peranti perubatan - Akmal Nasrullah | FELDA dan FGV Holdings perkenal B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit yang berpotensi jadi sumber tenaga alternatif - Pengerusi FELDA | 

Pasaran Getah KL Akhiri Minggu Ini Dengan Paras Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan sentimen positif, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut diperkukuh oleh kenaikan niaga hadapan getah Shanghai dalam kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli disebabkan hujan lebat yang dijangka melanda negara-negara pengeluar utama.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang baharu dengan ketidakpastian mengenai dasar AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, niaga hadapan getah Jepun merosot pada Jumaat apabila kebimbangan mengenai bekalan daripada pengeluar utama Thailand diatasi oleh yen yang lebih kukuh dan permintaan yang rendah berikutan perang perdagangan China-AS.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan bahawa pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 9.5 sen kepada 890.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 1.5 sen kepada 689.0 sen sekilogram. 

-- BERNAMA