BERITA TERKINI   KKM kaji pelaksanaan sistem 'e-MC', bendung sindiket sijil sakit palsu - Dzulkefly | Sebanyak 402 kes berkaitan vape dikesan mengandungi dadah sintetik berbahaya - Dzulkefly | Bekas Ketua Bernama Radio Allahyarham Azlan Idris diumum penerima Anugerah Khas HAWANA 2026 | Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman diumum penerima Anugerah HAWANA 2026 | Peruntukan Dana Inovasi Media diteruskan, RM24.57 juta disalur kepada 72 syarikat setakat ini- PM Anwar | 

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$116.4 Bilion Pada 31 Jan, 2025

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025 daripada US$115.5 bilion pada 15 Jan, 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai bagi membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu merangkumi rizab mata wang asing (US$103.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$3.3 bilion) and aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Keseluruhan aset berjumlah RM620.88 bilion, merangkumi tukaran asing dan emas dan rizab lain, termasuk SDR (RM520.89 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.95 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.83 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.57 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset-aset lain (RM51.02 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan tanggungan sebanyak RM620.88 bilion, merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM193.33 bilion), mata wang dalam edaran (RM177.92 bilion), deposit institusi kewangan (RM120.16 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.23 bilion), deposit-deposit lain (RM81.65 bilion), kertas-kertas Bank Negara (RM11.37 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion), and liabiliti lain (RM2.92 bilion).

-- BERNAMA