BERITA TERKINI   Kerajaan cadang gubal Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan sebagai kesinambungan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan pelengkap kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 - PM Anwar | Kerajaan MADANI cipta sejarah menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang mengandungi penanda aras berkaitan pengurusan fiskal - PM Anwar | Kerangka Ekonomi MADANI serta RMK13 bukan sahaja untuk memperkukuh ekonomi, tetapi bagi menangani kebejatan yang membelit negara sejak sekian lama - PM Anwar | Pengintegrasian Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA oleh MAHB akan dipercepat- Loke | Saling bergantung antara negara berdaulat perlu dibina berasaskan prinsip pilihan, ketahanan, dan saling menghormati - PM Anwar | 

Yinson Beri Geran Y4Y RM50,000 Kepada Yayasan SOLS Dan SAGEMAKER ASIA

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd telah menganugerahkan geran Yinson4Youth (Y4Y) kepada Yayasan SOLS dan SAGEMAKER ASIA PLT, dengan setiap organisasi menerima geran sebanyak RM50,000.

Yinson melalui satu kenyataan hari ini berkata Y4Y adalah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan geran itu merangkumi mentor dari para profesional Yinson yang akan memberikan penerima manfaat, bimbingan serta sokongan sepanjang projek mereka.

"Tahun ini, Yinson menerima bilangan permohonan yang jauh lebih tinggi di seluruh negara, menjadikan proses penilaian dan penyenaraian agak kompetitif.

"Memandangkan program ini telah memasuki kitaran kedua berikutan projek perintis yang menjanjikan pada tahun lepas, Yinson berdedikasi untuk memperkasakan inisiatif -inisiatif belia yang mampu menangani cabaran masyarakat serta alam sekitar yang kritikal, sejajar dengan tumpuan kami terhadap kemampanan," kata Yinson, yang merupakan syarikat infrastruktur dan teknologi tenaga.

Pengerusi Jawatankuasa CSR Yinson, Chai Jia Jun berkata syarikat itu berasa bangga selepas menyaksikan pertumbuhan Y4Y dan kerja -kerja yang berimpak yang dibuat oleh Yayasan Sols dan SAGEMAKER.

“Inisiatif -inisiatif ini merangkumi semangat inovasi dan keazaman yang diperlukan untuk memacu perubahan yang bermakna dalam komuniti.

"Yinson tetap komited untuk memperkasakan anak-anak muda yang bekerja keras bagi menangani cabaran masyarakat dan alam sekitar yang kritikal di Malaysia," katanya. 

-- BERNAMA