BERITA TERKINI   MPRC wajar bertindak sebagai agensi peneraju sektor OGSE - Akmal Nasrullah | Harga arang batu meningkat 8.2 peratus kepada US$142.62 satu tan bagi tempoh 1 hingga 3 Jun - Akmal Nasrullah | Malaysia dan Turkmenistan dijangka menandatangani kerjasama hidrokarbon jangka panjang pada 19 Jun bagi memperkukuh rantaian bekalan tenaga - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Kerajaan perkukuh stok penimbal, percepat akses ubat-ubatan kritikal jika diperlukan - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Tenaga buruh meningkat kepada 17.33 juta orang, kadar penyertaan kekal kukuh pada 70.9 peratus pada April - Akmal Nasrullah | 

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini seiring dengan penyusutan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keputusan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS yang akan datang.

“Bagaimanapun, penyusutan selanjutnya dikekang oleh peningkatan harga minyak," katanya kepada Bernama.

Menurutnya pasaran getah Jepun menyusut kepada paras terendah dalam tempoh satu bulan pada Isnin berikutan ancaman tarif daripada Presiden AS Donald Trump yang memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan global.

Beliau berkata Trump akan memperkenalkan tarif baharu 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke AS selain duti logam sedia ada.

Pada 4.30 petang, harga minyak mentah Brent meningkat 0.78 peratus kepada US$75.24 setong.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut tujuh sen kepada 883.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan dua sen kepada 687.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA