BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI peruntuk RM60 juta khusus untuk program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini - PM Anwar | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 buah sekolah tahfiz, sekolah pondok di Terengganu sepanjang tahun ini - PM Anwar | Sekolah tahfiz, sekolah pondok seluruh negara perlu kuasai ilmu teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) - PM Anwar | PM Anwar mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Marang disegerakan | Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | 

Laporan Harga Kenderaan Naik Pada 2026 Tidak Tepat, Kaedah Nilai Kenderaan Masih Diteliti - MoF

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pelaburan, Antarabangsa dan Industri bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.

“MOF belum membuat sebarang keputusan muktamad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Merujuk laporan berita mengenai jangkaan kenaikan harga kenderaan secara signifikan bermula 2026 susulan penguatkuasaan sepenuhnya peraturan cukai eksais baharu, P.U.(A) 402/2019 - Peraturan Cukai Eksais (Penentuan Nilai Barangan yang Dihasilkan Secara Tempatan untuk Tujuan Mengenakan Cukai Eksais), MOF menegaskan bahawa laporan itu tidak tepat.

Portal berita kewangan tempatan baru-baru ini memetik sumber industri yang dilaporkan berkata industri automotif berjaya mendapat tempoh lanjutan bagi cadangan semakan duti eksais untuk kereta pemasangan tempatan (CKD) sehingga 31 Disember tahun ini.

Menurutnya walaupun mendapat penangguhan pada masa ini, kemungkinan besar tiada lagi tempoh lanjutan selepas 2026, dengan harga kereta dijangka meningkat dengan signifikan mulai 2026.

Portal automotif tempatan WapCar pada Januari lepas memaklumkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengesahkan bahawa semakan duti eksais bagi nilai pasaran terbuka (OMV) ditangguhkan sehingga Januari 2026.

“Penangguhan semakan duti eksais OMV ini hanya untuk tempoh satu tahun dan sekiranya dilaksanakan, ia mungkin menyebabkan peningkatan harga antara 10 hingga 30 peratus,” katanya.

-- BERNAMA