BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

MAHB Kemukan Permohonan Nyahsenarai Selepas Konsortium Peroleh 98.68 Peratus Pegangan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengemukakan permohonan kepada Bursa Securities untuk mengeluarkan status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi, selaras dengan Perenggan 16.07(a) Keperluan Penyenaraian.

Semalam (Rabu), Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (secara kolektif, konsortium) menerima penerimaan sah sejumlah 1.646 bilion saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), mewakili 98.68 peratus daripada jumlah saham terbitan MAHB setakat jam 5 petang.

AmInvestment Bank dalam satu kenyataan bagi pihak konsortium berkata konsortium itu akan menggunakan peruntukan Seksyen 222 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 untuk mewajibkan pemerolehan mana-mana baki saham tawaran daripada pemegang yang tidak bersetuju, dan langkah yang perlu juga akan diambil untuk menyahsenarai penerima tawaran daripada Senarai Rasmi.

Memandangkan konsortium tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian setelah secara kolektif memegang lebih 90 peratus saham MAHB mengikut tawaran itu, Bursa Malaysia Securities akan menggantung dagangan saham MAHB mulai 20 Feb, lima hari pasaran daripada 12 Feb.

-- BERNAMA