BERITA TERKINI   Gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun: Loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini tidak melaporkan sebarang keabnormalan - Kyodo | Gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun: Loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini tidak melaporkan sebarang keabnormalan - Kyodo | Jepun gantung perkhidmatan kereta api laju Tokyo-Aomori susulan gempa bumi 7.5 magnitud - lapor Kyodo | Magnitud gempa bumi di Jepun disemak semula kepada 7.5; tsunami dikesan di luar pesisir Iwate dan Aomori di Lautan Pasifik - lapor Kyodo | Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud landa luar pesisir timur laut dan utara Jepun pada Isnin, amaran tsunami dikeluarkan, lapor media | 

MMAG Holdings Kembang Ke Sektor Kewangan, Perkhidmatan Penerbangan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd telah mencadangkan untuk mengembangkan operasi perniagaannya kepada perkhidmatan kewangan termasuk pinjaman wang dan pembiayaan sewa beli bersama-sama perniagaan sedia ada.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu juga mengumumkan rancangan untuk mengembang ke sektor penerbangan dan perkhidmatan berkaitan.

MMAG berkata cadangan itu seiring dengan strateginya untuk merebut peluang perniagaan baharu dan aliran pendapatan tambahan bagi mengukuhkan prestasi kewangan, memacu pertumbuhan serta meningkatkan nilai pemegang saham.

"Cadangan itu akan memberi kumpulan pendapatan tambahan dan dijangka menyumbang secara positif kepada struktur keseluruhan perniagaan sedia ada kami pada masa hadapan, mengurangkan pergantungan kepada operasi semasa kumpulan," katanya.

Operasi semasa kumpulan akan kekal sebagai sebahagian daripada perniagaan terasnya selepas kepelbagaian perniagaan itu.

MMAG berkata lembaga pengarah melihat cadangan berkenaan sebagai merebut peluang tepat pada masanya untuk memasuki perkhidmatan kewangan dan penerbangan, memanfaatkan pertumbuhan dalam pasaran pinjaman dan industri penerbangan Malaysia.

Cadangan pengembangan dalam sektor penerbangan akan mengukuhkan operasi pengangkutan udara MMAG, meluaskan perkhidmatannya termasuk pengendalian darat untuk pesawat kargo dan penumpang.

Ia akan meliputi pengendalian penumpang, perkhidmatan pesawat, pengendalian ramp, dan operasi kargo serta perkhidmatan berkaitan seperti pajakan pesawat.

“Melangkah ke hadapan, kumpulan itu akan kekal fokus untuk meneruskan strategi jangka panjang utamanya untuk mempelbagaikan kepentingan perniagaannya, menjana aliran hasil mampan, pada masa mengekalkan pertumbuhan yang stabil,” katanya.

MMAG berkata cadangan itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan dan pendapatan sesaham.

-- BERNAMA