BERITA TERKINI   Amalkan politik matang, jangan main isu gugat perpaduan, titah Tengku Hassanal | KPKM kurangkan kebergantungan import jagung, soya, beras dan bawang susulan ketidaktentuan geopolitik global - Mohamad | Malaysia sokong mempercepat pelaksanaan Rangka Kerja Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN - PM Anwar | ASEAN terus menggesa kepada keamanan dan usaha meredakan ketegangan, namun perlu bersikap realistik - PM Anwar | PM Anwar cadang pelan keterjaminan makanan serantau sebagai persediaan semasa krisis | 

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Harian YBS, Kemuka Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung jualan singkat harian (IDSS) YBS International Bhd sehingga pukul 8.30 pagi Isnin, 17 Februari, berikutan pelanggaran had harga.

Harga saham YBS merosot 22.73 peratus atau 17.5 sen kepada 59.5 sen pada pukul 10.30 pagi pada Jumaat.

Saham itu dibuka pada 76.5 sen.

Menerusi kenyataan, Bursa Malaysia menjelaskan IDSS YBS digantung selepas saham itu susut lebih 15 peratus daripada harga rujukan.

Dalam kenyataan berasingan, Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada YBS susulan penurunan ketara harga saham syarikat itu.

Bursa menasihatkan pelabur supaya mengambil maklum daripada jawapan syarikat kepada pertanyaan UMA yang akan dipaparkan di laman web Bursa Malaysia di bahagian pengumuman syarikat di http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/ ketika membuat keputusan pelaburan masing-masing.

YBS ialah syarikat pegangan pelaburan dan perkhidmatan pengurusan yang mempunyai segmen dalam kejuruteraan kejituan, pengacuan suntikan plastik, pemesinan, pengecapan, pembuatan elektronik dan produk kertas.

-- BERNAMA