BERITA TERKINI   Anak syarikat Pansar Bhd, Perbena Emas Sdn Bhd memperoleh kontrak RM234.88 juta daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak untuk naik taraf Loji Rawatan Air Kaki Wong di Saratok | Semua pengimportan kenderaan elektrik CBU yang dipasang siap di luar negara adalah tertakluk kepada dua syarat utama bermula 1 Julai 2026 - MITI | MITI benarkan baki stok sedia ada dijual mengikut ketetapan dalam tempoh pengecualian khas sehingga habis | Dasar berkaitan kenderaan elektrik CBU dikembalikan kepada ketetapan sedia ada susulan penamatan tempoh pengecualian khas pada 31 Dis 2025 - MITI | Seorang lelaki berusia 70 tahun menjadi jemaah kedua meninggal dunia di Makkah akibat serangan jantung- Tabung Haji | 

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM22.70 bilion daripada RM15.66 bilion pada pagi, manakala mudah tunai dana Islam menyusut kepada RM18.70 bilion daripada RM19.86 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik, repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM22.7 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM18.7 bilion, kedua-duanya dengan tempoh matang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 13 Feb.

-- BERNAMA