BERITA TERKINI   Kerajaan beri amaran kepada korporat, industri supaya hentikan aktiviti "channel switching" dan beli minyak pada harga pasaran atau berhadapan dengan tindakan - Amir Hamzah | APAD batal Lesen Pengendali syarikat pemandu treler, MFG Barokah Enterprise susulan kemalangan maut di Gemas Baharu, Johor korbankan tiga nyawa | Krisis Tenaga Global: Langkah kekalkan subsidi bersasar diesel pastikan sektor kritikal seperti nelayan, pengangkutan awam terus nikmati diesel pada kadar terkawal - Amir Hamzah | Krisis Tenaga Global: Kerajaan kini tanggung kos subsidi petrol dan diesel sebanyak RM6 bilion berbanding RM700 juta sebelum perang - Amir Hamzah | Krisis tenaga global: Bekalan minyak Malaysia lebih kukuh berbanding negara lain - Amir Hamzah | 

Industri Semikonduktor Raih Peluang Dari Krisis Perdagangan AS-China - MSIA

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China telah membuka peluang kepada industri semikonduktor Malaysia, kata Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Wong Siew Hai.

Sekatan AS, terutamanya yang dikenakan atas alasan keselamatan dan tarif telah menghalang banyak peralatan serta produk semikonduktor China daripada diimport atau dieksport.

“Banyak syarikat AS dihalang daripada membuat pembelian dari China, ini mewujudkan keperluan untuk penyelesaian alternatif, yang mana strategi China Plus One mengambil tempat,” katanya di Persidangan China Asia Tenggara di sini hari ini.

Strategi ‘China Plus One’ merujuk kepada syarikat -syarikat yang sebelum ini sangat bergantung kepada China untuk pembuatan tetapi sedang mempelbagaikan operasi mereka dengan berkembang ke salah satu negara lain.

Wong menjelaskan peralihan yang sama turut berlaku dengan strategi ‘US Plus One’ dan ‘Europe Plus One’.

“Kesannya, banyak produk yang sebelum ini dihasilkan di China untuk pasaran global telah dipindahkan ke Malaysia. Begitu juga, sekatan ke atas peralatan semikonduktor telah mewujudkan jurang dalam rantaian bekalan, yang boleh diisi oleh Malaysia,” katanya. 

Beberapa komponen rantaian bekalan yang sebelum ini berasal dari China telah terhalang, mewujudkan peluang kepada Malaysia untuk membangunkan keupayaan tersebut secara domestik.

“Selain itu, banyak syarikat sedang berusaha untuk mengurangkan risiko dengan menubuhkan operasi di negara-negara yang neutral dan tidak berpihak. Malaysia menepati ciri-ciri profil ini, menjadikannya sebagai destinasi yang menarik kepada perniagaan yang ingin berkhidmat bukan sahaja untuk AS dan China tetapi juga seluruh dunia,” tambahnya.

-- BERNAMA