BERITA TERKINI   KPKT salur RM146 juta untuk bina rumah mesra rakyat, pasar baharu dan taman awam di Kelantan - Nga | Projek naik taraf Pasar Siti Khadijah dijangka siap sepenuhnya tahun ini - Nga | Kerajaan beri pertimbangan sewajarnya pelantikan Nick Adams sebagai duta Amerika Syarikat ke Malaysia - PM Anwar | Kemalangan bas bawa pelajar UPSI: Laporan awal boleh diakses di laman sesawang rasmi Kementerian Pengangkutan hari ini | Pestec International Bhd umum Lim Pay Chuan bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan | 

Kontrak Hadapan FBM KLCI Diniagakan Rendah Semasa Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah semasa awal dagangan pada Selasa.

Pada pukul 9.25 pagi, Februari 2025 dan Mac 2025 masing-masing turun 2.5 mata kepada 1,583.5 dan 1,563.0 manakala Jun 2025 susut 4.0 mata kepada 1,566.0 dan September 2025 menguncup 6.0 mata kepada 1,553.0.

Jumlah dagangan mencecah 461 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 35,535 kontrak.

Selepas 26 minit dagangan. Indeks FBM KLCI yang menjadi penanda aras pasaran turun 4.16 mata kepada 1,578.60 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA